Media


Jom Jalan-Jalan ke Galeri Haji Pulau Pinang

Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima kunjungan dari RTM1 yang datang membuat liputan mengenai Galeri Haji Pulau Pinang. Liputan tersebut telah disiarkan melalui program 'Jom Jalan-Jalan' di saluran RTM1 pada Jun 2016.

Pelancaran Galeri Khat Pulau Pinang

Galeri Khat Pulau Pinang telah dirasmikan oleh TYT Yang diPertua Negeri Pulau Pinang. Majlis perasmian telah diadakan di Sky Hall, Armenian Hotel. Turut dirasmikan pada hari itu, Pameran Pembukaan Galeri Khat PP bertajuk IFTITAH dijayakan bersama Galeri Chandan dan Think City Sdn. Bhd.



Akademi Khat Pulau Pinang

Program Akademi Khat Pulau Pinang adalah program bagi melatih bakat-bakat baru dalam bidang seni kaligrafi Islam.

Sebanyak 12 buah sekolah terlibat dalam menjayakan program ini yang diadakan selama 2 bulan.

Aplikasi Telefon Pintar ‘Penang Historical Mosques App’

Aplikasi Telefon Pintar ‘Penang Historical Mosques App’ mengandungi sejarah 40 buah masjid lama di seluruh Pulau Pinang. Aplikasi ini dibina berdasarkan buku ‘Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang’ oleh Profesor Dr. Mahani Musa.