Pameran Seribu Dinar - Galeri Khat Pulau Pinang

 

Pameran Seni Khat 1000 Dinar

Pameran Tunggal Ustaz Zuhud’ Ulya Iberahim

Ustaz Zuhud’Ulya Iberahim berkecimpung dalam seni khat lebih daripada 20 tahun yang lalu. Cintanya kepada seni khat mula berputik ketika kuliah di Universiti Jordan, Amman, Jordan. Atas nama cinta, beliau telah mengembara ke seluruh Semenanjung Arab bagi menajamkan bakat dan kemahiran dalam bidang seni khat. Beliau sempat berguru secara “talaqqi” dengan pakar seni khat dan penulis al-Quran terkemuka di Jordan, Syira, Arab Saudi dan Mesir.

Buat pertama kali beliau menampilkan karya-karya seni dalam Pameran 1000 Dinar yang sebahagian berkait rapat dengan perasaan cintanya kepada seni khat. Pameran 1000 Dinar yang dipetik dari ayat 1000 Dinar yang sangat terkenal di ranah nusantara ini adalah kepercayaan cinta paling tinggi makhluk kepada Khalid-Nya.

Pameran  Seni Khat 1000 Dinar dibuka untuk tatapan umum dari 01.02.2015 hingga 01.03.2015 setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang di Galeri Khat Pulau Pinang, No. 83, Lebuh Acheh, George Town, Pulau Pinang.

Silakan berkunjung.

Untuk maklumat lanjut sila ke Facebook Galeri Khat Pulau Pinang.

Admin YIPP
Admin YIPP
Sebarang aduan/cadangan boleh dihantar melalui email atau talian kami di: Tel: +604-226 5821 Faks: +604-226 5773 Email: admin@yipp.gov.my, program.yipp@gmail.com