Pertandingan Khat Terbuka Pulau Pinang

Ralat: Terdapat kekeliruan mengenai tarikh tutup penghantaran borang penyertaan pertandingan khat di dalam borang penyertaan asal.  Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan pertandingan khat yang betul adalah 27 Februari 2015.  Borang penyertaan telah dikemaskini tetapi peserta yang telah menghantar menggunakan borang penyertaan asal akan diterima. Kesulitan pihak tuan/puan adalah amat dikesali.

2. Jenis khat yang dipersetujui oleh para hakim adalah jenis thuluth dan nasakh sahaja bagi memudahkan proses penghakiman. Harap maklum.

Kaligrafi adalah muzik bukan untuk telinga tetapi untuk mata -V.Lazuraky

 

Pengenalan

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) meneruskan lagi usaha untuk mengangkat martabat seni khat sebagai salah cabang seni Islam yang unik, indah dan sentiasa mempersonakan. YIPP dengan sokongan Think City akan menganjurkan Pertandingan Seni Khat Terbuka Pulau Pinang pada 28 Februari 2015 di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Bandar Perda, Pulau Pinang.

Borang pendaftaran secara online boleh diisi melalui capaian di sebelah kanan.(Borang Offline disertakan bersama-sama dengan Syarat Pertandingan sekiranya diperlukan.)

Borang  Offline boleh dikembalikan kepada Urusetia Pertandingan Khat secara pos, faks atau email sebelum 27 Februari 2015 (Jumaat).

Urusetia Pertandingan Khat,
Yayasan Islam Pulau Pinang,
3.01, Menara Boustead Penang,
39, Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Pulau Pinang.

E-mail : program@yipp.gov.my

Tel: +(604) 226 5821
Fax: +(604) 226 5773

Urusetia boleh dihubungi melalui:

019- 578 9974 (En. Fitri)
019- 219 1984 (En. Zharif)

——–

Tentatif Pertandingan Seni Khat Terbuka Pulau Pinang
8.00 pagi – 

Pendaftaran

8.30 pagi – 

Taklimat di Auditorium

9.00 pagi – 

Pertandingan Bermula

11.00 pagi – 

Penghakiman

12.00 tengah hari – 

Perasmian penutup

 

Peta ke lokasi pertandingan

map_pertandingan_khat

Syarat Pertandingan Khat

Muat Turun Syarat/ Borang Offline

Borang Pertandingan Khat

Capaian Borang Online
Admin YIPP
Admin YIPP
Sebarang aduan/cadangan boleh dihantar melalui email atau talian kami di: Tel: +604-226 5821 Faks: +604-226 5773 Email: admin@yipp.gov.my, program.yipp@gmail.com