Idea Penubuhan

Idea mengenai penubuhan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah dicetuskan oleh Y.B. Dato’ Mansor bin Hj. Othman, Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 yang kini Ahli Parlimen Nibong Tebal selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan umat Islam di Pulau Pinang. Usaha bagi menubuhkan YIPP telah diserahkan kepada Mohd Fitri Ibrahim (Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri I ketika itu).  YIPP telah berjaya ditubuhkan pada 11 Julai 2011.