JAWATAN KOSONG YAYASAN ISLAM PULAU PINANG (YIPP)
Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon sendiri. Keutamaan akan diberikan kepada anak negeri Pulau Pinang, cergas dan mempunyai daya inisiatif / komitmen yang tinggi dalam tugas yang dipertanggungjawabkan.
Permohonan dibuka bermula 13 Mac 2024 (Rabu) hingga 27 Mac 2024 (Rabu).
Mandat
Yayasan Islam Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah agensi kerajaan negeri pada tahun 2012. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan mandat kepada Yayasan Islam Pulau Pinang bagi melaksanakan dua teras utama iaitu Pembangunan Insan dan Pembangunan Fizikal.
Satu Derma,
Seribu Makna
Hanya dari serendah RM 10.00 anda dapat bersama-sama kami membangunkan ekonomi dan pendidikan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi .